JellyPages.com

Friday 2 November 2012

Definisi Pendidikan Khas


Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah , teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui
  • · perkembangan mental
  • · kestabilan emosi
  • · integrasi sosial

“ Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal, social dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.”( Chua Tee Tee &Koh Boh Boon, 1992) 

“ Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran.”(Heward & Orlansky ,1980) 

“ Kanak-kanak Khas perlu dibantu untuk mencapai potensi maksima mereka dari segi jasmani, emosi, sosial dan interlek dengan menyediakan pendidikan yang dirancang secara induvidu dan sistematik.”“ Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh professional klinik sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran . kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan kognitif ,sosial , komunikasi dan kemahiran perkembangan.( Kem . Pendidikan Malaysia) 

“ Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.( Hallahan dan Kauffman 2006) 

“ Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.( Gargiulo 2003)

 

Diberikan kepada golongan kanak-kanak:


  •   pintar cerdas
  •  kerencatan akal
  •  cacat : -- pendengaran
                         -- penglihatan
 
                           -- fizikal            
  •   bermasalah pembelajaran / kesihatan
  -- merangkumi P & P, latihan jasmani,
                 pendidikan berteraskan rumah, hospital /
                 institusi

No comments:

Post a Comment