Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Dalam mencapai kemakmuran negara, rakyat
yang dilahirkan adalah seimbang dari segi ilmu pengetahuan,
ketrampilan, berakhlak, berkeupayaan mensejahterakan diri sendiri dan
memberi manfaat kepada masyarakat dan negera keseluruhannya. Kanak-kanak
khas juga termasuk ahli komuniti yang termasuk dalam alur
sebarang perancangan / dasar pendidikan negara.
Falsafah Pendidkan Khas pula menyatakan bahawa:
"Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."
MATLAMAT Pendidikan Khas:
•Pendidikan bermutu – dedah kpd persekitaran hidup sebenar
•Hilangkan rasa rendah diri & tersisih
•Belajar dlm kelas harian biasa
•Suburkan keupayaan intelek, emosi, sosial & jasmani
•Kesan & tekankan kekuatan kanak-kanak
•Latih mrk berdikari & sumbang kpd msy
•Cegah ketidakupayaan dr menjadi kecacatan
•Eratkan mrk dgn msy biasa
No comments:
Post a Comment